Pencegahan Kanser - Kanser: Rawatan semulajadi yang mampu menyelamatkan nyawa

Go to content
Kanser dapat dicegah, atau sekurang-kurangnya dapat dikurangkan risiko dengan mengamalkan beberapa langkah yang betul. Amalan ini adalah sangat penting bagi memastikan tubuh kita terhindar daripada penyakit kronik yang bukan sahaja menjejaskan kehidupan seharian malah boleh menyebabkan masa depan menjadi tidak menentu. Langkah pencegahan ini amat penting terutamanya mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang pernah mengidap kanser. Antara amalan yang boleh dipraktikkan adalah:

  • Kekalkan berat badan yang ideal
Mengekalkan berat badan pada tahap yang ideal mungkin agak susah namun ianya memiliki manfaat kesihatan yang tinggi, termasuklah mengurangkan risiko daripada terkena 13 jenis kanser. Antara tips yang boleh dipraktikkan jika anda memiliki berat badan yang berlebihan adalah dengan mengurangkan makan dengan kaedah berpuasa atau IF (intermittent fasting) kaedah ini mampu memberikan kebaikan sekaligus mengurangkan risiko tubuh daripada terkena serangan kanser.

  • Selalu bersenam
Antara perkara yang boleh memberikan manfaat kesihatan walaupun dilakukan dalam masa yang singkat adalah bersenam, ia tidak memerlukan masa yang panjang untuk melakukannya, hanya 30 minit sehari, setiap hari, sudah cukup untuk mengekalkan tahap kesihatan anda kepada tahap yang lebih baik. Pilih aktiviti yang anda gemar seperti berjalan, berkebun atau berbasikal, jadikan senaman sebagai rutin harian bersama keluarga.

  • Elakkan merokok
Tembakau boleh menyebabkan terjadinya pelbagai jenis kanser, jika anda merokok, inilah masanya untuk anda berhenti daripada merokok. Ia mungkin agak susah bagi mereka yang sudah terbiasa namun percayalah dengan berhenti merokok anda sebenarnya telah mengurangkan risiko penyakit yang mungkin akan anda hadapi jika anda terus merokok. Berhenti merokok memerlukan beberapa percubaan sebelum ianya mampu terlaksana dengan sepenuhnya.

  • Jauhi gula
Gula merupakan sejenis pemanis yang digunakan di dalam hampir kesemua makanan. Gula mampu menjadikan makanan lebih sedap namun kesan sampingan daripada pengambilan gula berlebihan adalah sangat buruk, ia mampu merosakkan saluran darah, menyebabkan nyanyuk, gout dan juga boleh menyebabkan kanser. Kurangkan atau jangan mengambil gula merupakan kaedah yang terbaik bagi meminimakan risiko serangan kanser.

  • Makan makanan sihat
Asas kepada makanan sihat ini sebenarnya sangat mudah, fokus kepada buah-buahan, ulam serta sayur-sayuran. Untuk makanan berasaskan daging pula, pilih makanan yang tinggi lemak polysaturated seperti ikan tongkol. lemak polysaturated juga boleh didapati di dalam kekacang seperti soya, jagung, dan juga biji bunga matahari. Pengambilan kekacang sebagai snack mempunyai kebaikan yang tinggi kerana selain daripada mengandungi lemak polysaturated, ia juga mengandung lemak monosaturated yang mempunyai kesan yang baik kepada jantung.



  • Pengambilan supplement tambahan
Tubuh manusia apabila mencapai umur yang tertentu, akan mengalami penurunan dari segi penghasilan antibodi. Tubuh orang yang sudah berumur tidak lagi sekuat mereka yang masih muda, maka dalam hal ini ia memerlukan makanan tambahan untuk memberi sokongan kepada kesihatan tubuh. Penggunaan keladi tikus merupakan kaedah yang berkesan untuk pencegahan kanser, selain telah terbukti melalui kajian oleh universiti tempatan, pengambilan keladi tikus juga dapat menghalang sel kanser daripada terjadi dan merebak. Keladi tikus STF keluaran Berkat Herba Nusantara kini boleh di dapati dalam bentuk kapsul secara atas talian.


© Hakcipta terpelihara - ikatankasih.com.my, terima kasih diatas kesudian anda melayari laman web ini. Setiap kandungan yang terdapat pada laman web ini merupakan rujukan daripada kajian tempatan dan juga luar negara. Pembelian kapsul Keladi tikus asli boleh dibuat melalui menu Pembelian di atas, pesanan asli akan disertakan dengan buku rujukan. Sebarang pertanyaan atau cadangan boleh dihantar kepada salam@ikatankasih.com.my | Dimiliki sepenuhnya oleh Berkat Herba Nusantara (KT0302177-U)
Back to content