Keladi tikus atau nama saintifiknya: Typhonium flagelliforme, merupakan tumbuhan daripada keluarga Araceae yang tumbuh meliar di Malaysia. Ia biasanya dapat dijumpai pada kawasan lembab seperti paya dan tidak terkena cahaya matahari secara langsung. Herba ini telah direkodkan di dalam buku The Botanical Cabinet Vol. 4 karangan G Loddiges yang menyatakan bahawa herba ini memiliki khasiat merawat yang tinggi dan digunakan oleh masyarakat di Barat Benggal (India) pada masa itu untuk merawat masalah demam, asma, sakit ulser dan keradangan. Keladi tikus mula dikenali di Malaysia pada sekitar tahun 80an namun penggunaannya tidaklah begitu meluas sebelum ia dipopularkan oleh Prof K.H Teo, seorang profesor daripada Fakulti Kajihayat, USM Pulau Pinang dimana terdapat seorang pesakit kanser memintanya membiakkan herba keladi tikus kerana telah mengalami perubahan selepas menggunakannya.
Berkat herba nusantara merupakan satu-satunya syarikat yang mengeluarkan kapsul herba keladi tikus di Malaysia, berpengalam lebih dari 15 tahun, setiap kapsul yang dikeluarkan memiliki keberkesanan yang amat cepat, kandungan herba di dalamnya bukan sahaja terpilih tetapi ia disaring dengan hanya herba yang melebihi umur 6 bulan sahaja digunakan, ini bagi memastikan setiap kapsul mengandungi zat merawat yang sangat tinggi bagi memberikan kesan penyembuhan secara menyeluruh. Kapsul keladi tikus STF bukan hanya digunakan oleh pengguna di Malaysia malah ia juga turut digunakan di Brunei dan juga Singapura.
Keladi tikus, yang turut dikenali dengan nama keladi cheng di kalangan orang cina di Malaysia, memiliki karakternya yang tersendiri. Keseluruhan pokok ini memiliki khasiat merawat kanser, termasuklah kanser yang sudah mencapai tahap 4 dan kronik. Tumbuhan ini hidup segar di sekitar kawasan lembab berpaya manakala bunganya pula mengeluarkan sejenis sebatian yang menarik minat serangga kecil.