Keladi tikus
Tumbuhan Keladi tikus, yang juga dikenali dengan Typhonium flagelliforme pada nama saintifiknya, merupakan sejenis tumbuhan natif yang tumbuh di sekitar asia tenggara. Ia sering kali digunakan sebagai supplement kesihatan dan juga ubat tradisional terutamanya sebagai terapi kanser, termasuk leukemia. Terdapat berpuluh kajian yang telah dilakukan terhadap tumbuhan ini untuk menilai aktiviti anti-leukemik yang ada padanya secara in vitro. Ekstrak daripada ubi pokok keladi tikus ini telah difraksinasi untuk dinilai kesan sitotoksiknya terhadap sel kanser manusia. Penilaian kemusnahan sel (Apoptosis) yang terjadi merupakan pecahan paling aktif yang telah direkodkan berbanding dengan beberapa jenis tumbuhan anti kanser yang lain, ia dinilai dengan pelbagai teknik mikroskopik dan kesan apoptosis ini dilakukan dengan ujian pelabelan end deoxynucleotidyl transfer, 7 daripada 12 sel kanser yang dikaji menunjukkan sitotoksisiti (kematian) sel yang ketara, dimana pecahan DCM/F7, DCM/F11 dan DCM/F12 masing-masing menunjukkan aktiviti pecahan yang sangat luar biasa. Pemerhatian sitologiu menunjukkan pemeluwapan kromatin, pengecutan sel, perkembangan yang tidak normal serta pecahan sel, keputusan ini diambil secara kolektif menggunakan kaedah pewarnaan dua kali oren acridine. Pada akhir kajian mengesahkan bahawa keladi tikus (Typhonium flagelliforme) sememangnya mempunyai kesan anti-leukemik yang sangat berharga selain mempunyai ciri-ciri morfologi (struktur organisma) yang tersendiri.
Gen Typhonium (Keladi tikus) asli ini mula mendapat perhatian para farmakologi pada awal tahun 90'an, tumbuhan yang berasal daripada keluarga Aroid ini memiliki rupa yang menawan dan sering juga dipanggil dengan panggilan inflorencenceis kerana keupayaannya memerangkap debunga yang dilepaskan oleh pasangannya.

USM temui Keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia 17/8/1998 Kredit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.
Di Malaysia, spesis ini boleh dijumpai di tanah pamah, kawasan berpaya serta tempat yang tidak terganggu. Tumbuhan yang turut dikenali sebagai Keladi cheng oleh orang Cina ini juga sering digunakan sebagai ubat tradisional untuk rawatan kanser alternatif, termasuk leukemia oleh pelbagai etnik dan bangsa di Malaysia. Tumbuhan ini tumbuh secara semulajadi pada kawasan yang teduh, lembab dan tidak terkena cahaya matahari secara langsung, ia boleh ditemui bermula dari Utara Australia sehingga ke Selatan India. Hari ini herba keladi tikus seperti STF dan TF Plus boleh didapati sebagai supplement yang dapat digunakan sebagai rawatan dan juga penjagaan kesihatan. Supplement ini yang telah digunakan oleh hampir semua budaya dan komuniti sejak tahun 2012 lagi. Kajian fitokimia yang dilakukan terhadap ekstrak Keladi tikus pula telah menghuraikan beberapa juzuk kimia di dalam herba ini yang mengandungi hidrokarbon tepu dan asid alifatik, selain itu glikosida, fenilpropanoid, sterol, dan certebroside yang mempunyai anti-hepatotoksik juga turut ditemui pada akar tumbuhan ini. Kesemua sebatian kimia ini dapat digunakan sebagai rawatan yang amat berkesan.
Kajian saintifik
Di dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penggunaan produk semulajadi telah menjadi bahagian penting dalam perubatan pelengkap alternatif. Penggunaan STF keladi tikus sebagai contoh, yang mempunyai aktiviti anti tumor, telah menjadi semakin popular di kalangan mereka yang menghadapi kesan sampingan daripada rawatan konvensional biasa. Imunosupresi (kesan sampingan) yang terhasil disebabkan oleh kemoterapi telah dikaitkan sebagai antara faktor utama yang menyumbang kepada kematian, kekurangan imun disebabkan oleh kemoterapi masih lagi menjadi permasalahan klinikal utama bagi pesakit kanser, lazimnya, pemulihan hematologi dianggap berjaya apabila paras neutrofil dan platelet meningkat ke paras normal, walau bagaimanapun, interaksi selular dalam sistem limfoid diperlukan untuk pemulihan itu, pada masa inilah pendekatan berbentuk terapeutik semulajadi diperlukan untuk meningkatkan peluang penyembuhan sekaligus mengurangkan kesan sampingan yang terjadi.
Makluman
Kami di Berkat Herba Nusantara hanya menjamin keaslian herba keladi tikus yang terdapat pada STF dan TF Plus sahaja dan tidak dapat menjamin keaslian yang terdapat pada keluaran lain, terutamanya pada keluaran yang:
- Tiada nombor KKM
- Tiada stiker KKM
- Dijual tanpa kotak
- Tiada alamat pengeluar
- Dijual dengan harga sangat murah bagi menarik minat pembeli.
Oleh itu sebarang risiko serta kesan sampingan akibat penggunaan produk tiruan adalah dibawah tanggungjawab tuan/puan sendiri. Sila dapatkan keluaran asli dan berdaftar melalui baner di bawah atau klik di sini