Jenis kanser utama
Terdapat 200 jenis kanser pada badan manusia dan setiap satunya akan diklasifikasikan mengikut tempat di mana ia bermula, seperti kanser yang terbentuk di sekitar payudara akan dikenali sebagai kanser payudara.
Terdapat 5 jenis kumpulan kanser utama, antaranya adalah:
- Karsinoma - kanser jenis ini biasanya terjadi pada kulit atau pada tisu yang melapisi organ dalaman, ia merupakan sel ganas dan memiliki pecahan sub kategori yang dikenali sebagai adenokarsinoma, karsinoma sel basal, karsinoma sel skuamosa serta karsinoma sel peralihan karsinoma. Karsinoma biasanya bermula daripada tisu epitelium, ianya merupakan sejenis tisu yang menutup semua organ di dalam badan, melapisi bahagian rongga badan seperti bahagian rongga dada dan juga perut. Karsinoma merupakan sejenis kanser yang paling biasa terjadi pada manusia, ia termasuklah kanser payudara, paru-paru, usus dan juga prostat.
- Karsinoma sel skuamosa
- Adenokarsinoma
- Karsinoma sel peralihan
- Karsinoma sel basal
- Sarcoma
- Sarkoma - kanser ini lazimnya menyerang penghubung atau penyokong tulang, rawan, lemak, otot dan juga saluran darah. Sarcoma mempunyai 2 jenis utama:
Terdapat pelbagai jenis sel epitelium yang boleh berkembang menjadi karsinoma, ini termasuklah:
- Sarcoma tulang
- Sarcoma tisu lembut
- Leukemia - kanser sel darah putih, ia bermula di dalam tisu yang menghasilkan sel darah seperti sum-sum tulang. Keadaan ini terjadi apabila terlalu banyak sel darah putih dihasilkan, tidak terbentuk dengan sempurna menyebabkan tiada oksigen yang dapat dihantar melalui darah. Leukemia jarang berlaku dan ianya membentuk hanya 3 daripada 100 kes kanser. Kanser ini biasa menyerang kanak-kanak.
- Limfoma dan Myeloma - kanser jenis ini menyerang sistem imun. Ia biasanya wujud di dalam kelenjar limfa yang berfungsi menapis cecair badan melawan jangkitan. Kanser jenis ini boleh berkembang secara tidak normal dan tidak mati seperti yang sepatutnya. Myeloma pula adalah sejenis kanser yang bermula di dalam sel plasma. Sel plasma adalah sejenis sel darah putih yanbg terhasil di dalam tulang sum-sum. Mereka menghasilkan antibodi yang dikenali sebagai immunoglobulin yang membantu melawan jangkitan.
- Kanser otak dan saraf tunjang - turut dikenali sebagai kanser sistem saraf pusat.
Keladi tikus Ubat Kanser
Keladi tikus merupakan sejenis tumbuhan herba yang tumbuh di sekitar asia tenggara. Tergolong dalam tumbuhan liar, herba ini dapat dijumpai di kawasan lembab dan tidak terkena cahaya matahari secara terus. Berketinggian sekitar 12 inci maksimum, herba ini mula direkodkan penggunaannya di Malaysia pada sekitar tahun 80'an, namun begitu herba ini telah digunakan di selatan India sekitar tahun 1800 lagi. Kajian awal mengenai tumbuhan ini telah rekodkan di dalam The Botanical Cabinet Vol. 4 yang ditulis oleh George Loddigers, seorang ahli botani dari England.
Keupayaan keladi tikus merawat kanser adalah terletak pada sebatian yang dikenali sebagai Ribosome Inactivating Protein (Rip's) yang terkandung di dalam tumbuhan ini. Rip's merupakan sejenis mekanisma pertahanan tumbuhan melawan pemangsa, ia bersifat menyucuk dan boleh memberikan rasa kurang selesa kepada ulat atau serangga yang ingin memakannya.

Contoh tumbuhan keladi tikus yang mencapai umur matang dan artikel mengenainya telah diterbitkan oleh Berita Malaysia, Ahad, 5 Jun, 1994.
Keladi tikus yang juga dikenali sebagai Rodent tuber, merupakan sejenis tumbuhan yang telah diguna untuk rawatan kanser sejak 1980an lagi, di Malaysia ia bukan sahaja dikenali sebagai keladi tikus malah ada yang memanggilnya sebagai Keladi cheng. Keladi tikus mampu mengurangkan keradangan akibat kanser sekali gus mengurangkan rasa sakit, pengguna akan dapat merasakan perubahan yang sangat ketara dengan penggunaan yang konsistan. Herba ini tumbuh meliar bermula daripada selatan India sehingga ke utara Australia dan ia meliputi seluruh asia tenggara. Tumbuh pada iklim katulistiwa, tumbuhan ini kini semakin dikenali bukan sahaja di asia malah turut digunakan di luar negara seperti eropah dan juga amerika syarikat.