Kanser: Rawatan semulajadi yang mampu menyelamatkan nyawa

Go to content
Kanser
Kanser merupakan sejenis penyakit di mana terdapat beberapa sel badan membesar dan berkembang secara tidak terkawal dan merebak ke bahagian yang lain di dalam badan. Kanser boleh terjadi pada hampir semua bahagian di dalam badan dan biasanya terdiri daripada trillion sel. Pada asasnya, sel-sel manusia berkembang dan membiak secara teratur untuk membentuk sel-sel baru apabila tubuh memerlukannya, apabila sel lama menjadi semakin tua atau rosak, mereka akan mati dan akan diganti dengan sel yang baru. Masalah terjadi apabila proses ini berjalan dengan tidak teratur, sel yang lama tidak mati malah semakin berkembang dan membiak secara agresif. Sel-sel ini akan membentuk tumor, yang merupakan ketulan tisu yang terdiri daripada sel-sel yang tidak mati. Tumor boleh menjadi kanser (Malignan) atau bukan kanser (Benign). Tumor atau barah boleh merebak jauh ke dalam badan melalui saluran darah, atau menyerang tisu-tisu berdekatan, ia juga boleh bergerak ke tempat yang jauh daripada punca asal dan membentuk tumor baru (proses ini dipanggil metastasis).

Perbezaan sel kanser dan sel normal
Terdapat beberapa perbezaan antara sel kanser dengan sel normal, antaranya adalah:

  • Sel kanser mampu berkembang tanpa mempedulikan isyarat yang memberitahu mereka supaya berhenti berkembang, manakala sel normal pula akan tumbuh atau berhenti berkembang apabila mereka menerima isyarat sedemikian daripada tubuh.

  • Sel kanser mampu menyerang kawasan berhampiran dan merebak ke bahagian badan yang lain, sel normal pula akan berhenti berkembang apabila bertemu dengan sel normal yang lain dan tidak akan merebak ke bahagian yang lain.

  • Sel kanser mampu melorong saluran darah kearah tumor, saluran darah ini akan membekalkan nutrisi dan oksigen kepada tumor sekaligus menjadi saluran sisa buangan daripada tumor.

  • Sel kanser mampu bersembunyi daripada sistem pertahanan imun badan. Sistem imun badan yang juga dikenali sebagai NK (Natural Killer) akan membunuh sel rosak atau tidak normal, namun sel kanser mampu bersembunyi daripadanya.

  • Mampu menyamar dan menipu sistem imun supaya membantu sel kanser untuk kekal hidup dan berkembang. Sesetengah sel kanser mempunyai dua kali ganda bilangan kromosom normal berbanding sel biasa.

  • Sel kanser mampu membuat tenaga sehingga dua kali ganda sel biasa, ini membolehkan sel kanser membiak dengan lebih cepat berbanding biasa.

Punca
Kanser terjadi disebabkan oleh beberapa faktor, ia biasanya wujud disebabkan oleh perubahan sel normal kepada sel tumor yang melalui pelbagai peringkat yang pada akhirnya berkembang daripada sel pra-kanser kepada tumor malignan. Perubahan ini adalah hasil daripada interaksi antara faktor genetik seseorang dan tiga faktor luaran, termasuk:

  1. Karsinogen fizikal seperti pendedahan kepada sinaran ultraungu dan mengion.
  2. Karsinogen kimia seperti pendedahan berpanjangan kepada bahan seperti asbestos, komponen asap tembakau, alkohol, aflatoksin (pencemaran makanan) dan arsenik (pencemaran air minuman)
  3. Karsinogen biologi seperti jangkitan daripada virus, bakteria atau parasit tertentu.

Genetik penyebab kanser
Terdapat tiga jenis genetik yang dipercayai menjadi punca utama terjadinya kanser, antaranya adalah:

  • Proto-onkogen, gen penekan tumor dan gen pembaikan DNA, perubahan yang terjadi pada gen ini kadang kala disebut sebagai "pemacu" kanser. Proto-onkogen merupakan gen yang terlibat di dalam pertumbuhan dan pembahagian sel normal, namun apabila gen ini berubah dan keadaan yang tertentu atau menjadi aktif daripada biasa, ia boleh menjadi gen penyebab kanser yang menyebabkan sel berkembang dan bertahan pada keadaan yang tidak sepatutnya.

  • Gen penindas tumor - merupakan gen yang terlibat di dalam mengawal pertumbuhan dan pembahagian sel. Masalah terjadi apabila terdapat perubahan tertentu dalam gen penindas tumor yang mungkin membahagi dengan cara yang tidak terkawal sekaligus membentuk ketumbuhan atau kanser.

  • Gen pembaikan DNA - merupakan gen yang terlibat didalam pembaikan DNA yang rosak. Sel yang bermutasi di dalam gen ini akan lebih cenderung untuk membangunkan mutasi tambahan di dalam gen lain, termasuk perubahan dalam kromosomnya, bersama-sama, mutasi ini boleh menyebabkan terjadinya sel kanser.

Kanser adalah istilah generik bagi sekumpulan besar penyakit yang boleh menjejaskan mana-mana bahagian di dalam badan. Istilah lain yang digunakan adalah malignan atau neoplasma. Kanser merupakan salah satu daripada penyebab utama kematian di seluruh dunia yang menyumbang kepada hampir 10 juta kematian pada tahun 2020. Berikut merupakan kes kanser yang direkodkan di seluruh dunia pada tahun 2020:

  • Kanser payudara 2.26 juta kes
  • Kanser paru-paru 2.21 juta kes
  • Kanser kolon dan rektum 1.93 juta kes
  • Kanser prostat 1.41 juta kes
  • Kanser kulit 1.20 juta kes
  • Kanser perut 1.09 juta kes


Keladi tikus ubat kanser, Universiti Sains Malaysia, Utusan Malaysia, Arkib Negara, 17/8/1998.

Keladi tikus, atau nama saintifiknya, Typhonium flagelliforme, merupakan tumbuhan tropika yang tumbuh di sekitar asia tenggara. Ia digunakan bagi merawat beberapa jenis penyakit termasuk masalah pencernaan, keradangan dan juga kanser. Ia juga dipercayai mengandungi kandungan anti-oksida yang tinggi dan juga anti-penuaan.

Penggunaan herba ini sangat meluas, bukan sahaja di Malaysia bahkan ia juga turut digunakan sehingga ke Amerika Syarikat, terutamanya untuk rawatan kanser secara semulajadi. Keseluruhan pokok, bermula dari daun sehinggalah ke akar, mempunyai khasiat yang sangat tinggi bagi merawat kanser, maka tidak hairanlah mengapa ia berjaya menarik perhatian para pengkaji dari dalam dan juga luar negara untuk mengkaji dengan lebih lanjut mengenai khasiat yang terkandung padanya. Herba keladi tikus mendapat nama disebabkan oleh bunganya yang seakan-akan ekor tikus apabila kembang, mempunyai ketinggian maksimum 12 inci, ianya dapat ditemui di sekitar kawasan yang lembab dan tidak terkena cahaya matahari secara langsung. Masyarakat orang asli, terutamanya di Perak dan Kelantan menggunakan herba ini bagi mengawal penyakit malaria, manakala kaum cina pula menggunakan herba ini bagi merawat kanser dan juga masalah paru-paru.

Keladi tikus di Malaysia memiliki sejarahnya yang cukup lama, penggunaannya direkodkan bermula dari tahun 80'an, malah disebabkan keberkesanannya, ada pihak yang meniru keluarannya, kini banyak produk tiruan dan tidak berdaftar dikesan di shopee dan lazada dan dijual dengan harga yang sangat murah, hal ini telah menyebabkan reputasinya sebagai penawar kanser semulajadi yang berkesan tercalar disebabkan oleh lambakan produk palsu yang tidak berkesan, rata-rata pengguna tidak merasakan perubahan yang sepatutnya selepas mengambil produk keladi tikus murah di Shopee walaupun selepas 8 bulan penggunaan. Kapsul keladi tikus asli mempunyai nombor pendaftaran KKM dan akan disertakan dengan buku panduan bagi memudahkan pengguna membuat semakan, selain itu ia juga dibalut dengan dua lapisan plastik pelindung, satu pada kotak dan satu lagi pada botol bagi memastikan kualitinya kekal berada pada tahap yang paling memuaskan.

Pembelian keladi tikus asli boleh dibuat pada menu Pembelian di atas atau boleh klik di sini
© Hakcipta terpelihara - ikatankasih.com.my, terima kasih diatas kesudian anda melayari laman web ini. Setiap kandungan yang terdapat pada laman web ini merupakan rujukan daripada kajian tempatan dan juga luar negara. Pembelian kapsul Keladi tikus asli boleh dibuat melalui menu Pembelian di atas, pesanan asli akan disertakan dengan buku rujukan. Sebarang pertanyaan atau cadangan boleh dihantar kepada salam@ikatankasih.com.my | Dimiliki sepenuhnya oleh Berkat Herba Nusantara (KT0302177-U)
Back to content